Menu

MENU

Gagal tunai janji, prestasi menteri 50%, skandal semburit..: Bubarkan parlimen segera

Jangan biarkan rakyat terus menderita dengan kerenah politik kepartian ini. Ia perlu ditamatkan segera!

Kenyataan Tun bahawa mengenai penilaian beliau terhadap prestasi jemaah menteri pada markah 50% adalah satu kenyataan yang serius dan membimbangkan. Angka ini mungkin satu angka purata di mana kemungkinan ada menteri yang mencapai prestasi di bawah 50% atau dengan kata lain gagal. Cuma untuk tidak memalukan kabinet beliau dan menjaga imej kerajaan, maka Tun membuat kenyataan penuh diplomasi dengan mengatakan markah 50% keseluruhannya.

Bagi sebuah negara seperti Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan penganut agama disertai dengan pelbagai masalah ekonomi yang melanda, maka prestasi sebegini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima rakyat. Walaupun sebahagian mengatakan mereka ini semua baharu, kurang berpengalaman dan perlu diberi peluang namun sehingga kini kita masih belum melihat apa-apa tindakan yang positif berkenaan ekonomi terutamanya mahupun perpaduan kaum. Kehidupan rakyat semakin tertekan dengan harga barangan yang tidak pernah turun, kadar pengangguran yang sudah meningkat kepada 521,000 orang termasuk para graduan membuatkan rakyat mula hilang sabar.

Sejak dari awal-awal lagi Tun sudah mengatakan bahawa manifesto bukan kitab suci dan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apakah janji-janji manifesto ini semua akan ditunaikan? Kebimbangan rakyat ini jelas terbukti apabila satu persatu janji tersebut dikuburkan dengan mengemukakan pelbagai alasan. Dari alasan kerajaan tidak ada duit kepada masalah hutang sehinggalah alasan tidak cukup kakitangan, semuanya adalah antara alasan yang diberikan untuk tidak tunaikan janji-janji tersebut.

Idealisme untuk kononnya tidak melantik ahli politik dalam jawatan-jawatan tertentu tidak dilaksanakan termasuklah menjadikan jawatan-jawatan penting seperti ketua pesuruhjaya SPRM dan yang dipertua Yadim untuk bebas dari pengaruh politik tidak lebih dari satu retorik kosong.

Kenyataan-kenyataan dari para menteri sehingga hari ini langsung tidak meyakinkan rakyat dan saya yakin ini memeningkan kepala Tun. Bermula dengan kasut hitam, kemudian isu tukang masak import, ECRL, silap titik perpuluhan, penurunan 2sen harga telur kepada sistem AES semuanya menampakkan kurang matangnya para menteri. Tak hairanlah kalau para pelabur asing merasa bimbang dan mula mengeluarkan pelaburan mereka dari negara. Stok bursa juga jatuh menjunam. U-uturn demi u-turn yang berlaku seolah-olah para menteri tidak begitu cakna terhadap nasihat dari penasihat-penasihat mereka atau mungkin memang penasihat mereka tidak faham apa yang berlaku.

Isu-isu besar seperti ICERD dan Rom Statut amat memalukan negara di mata dunia. Bagaimana pejabat peguam negara begitu naif sehingga terlepas pandang perkara dasar yang mana antaranya keperluan kepada kelulusan dari Majlis Raja-Raja kerana ia bukan saja melibatkan agama islam tapi juga imuniti raja dan pindaan perlembagaan. Mungkin beliau berbuat demikian atas desakan sesetengah pihak yang mahu negara tunduk kepada barat yang kononnya meletakkan hak asasi manusia sebagai asas segala perundangan dan hal dalaman negara. Yang anehnya menteri luar juga menampakkan kejahilan beliau terhadap perundangan negara. Saya sangat simpati dengan Tun yang terpaksa berhadapan dengan barisan menteri yang separa masak. Seolah-olah semuanya mahu dibebankan kepada Tun.

Pertembungan dua gergasi pemimpin Tun dan DSAI juga amat membosankan. Apa tidaknya sejak 1999 sehinggalah ke hari ini isu pertembungan dua individu ini menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Di mana saja DSAI pergi beliau sentiasa ditanya isu ini dan begitu jugalah Tun sehingga kadang-kadang saya lihat mereka berdua sudah jemu memberikan jawapan yang sama setiap kali disoal. Mereka tidak boleh salahkan pemberita kerana rakyat sendiri kebingungan kenapa isu ini tidak pernah selesai dan kenapa kedua-duanya seolah-olah ada sesuatu yang berlaku yang tidak menampakkan perdamaian walaupun mereka melontarkan senyuman dihadapan kamera.

Pelbagai teori boleh kita baca di pelbagai tulisan samada dalam blog, twitter, Whattsapp, akhbar-akhbar, portal-portal utama mengenai ‘drama’ yang sedang berlaku antara dua insan ini. Bak kata pepatah Melayu; ”Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang”. Selagi isu ini tidak dapat dijelaskan secara tuntas kepada rakyat maka selagi itulah negara tidak akan stabil. Malah kalau kita imbau kembali sejak 20 tahun dahulu sehinggalah sekarang, pertelingkahan kedua-dua insan inilah yang telah mengkucar-kacirkan struktur masyarakat dan kerajaan.

Sehingga hari ini rakyat masih tidak nampak di manakah penghujungnya pertelingkahan? Apakah akan ada Reformasi 2.0? Saya rasa rakyat tidak sanggup lagi untuk melihat negara mengalami suasana sebagaimana 20 tahun dahulu. Cukuplah kita ketinggalan dengan Korea, Jepun dan China yang dahulunya duduk sebaris pun dengan Malaysia, dan apa yang paling membimbangkan kita ialah kemungkinan akan ditinggalkan pula oleh Indonesia.

Bagi menyelesaikan kemelut yang tidak berkesudahan ini saya mencadangkan untuk Tun MEMBUBARKAN PARLIMEN SEGERA.

Bagi kepada rakyat sendiri untuk memilih pemimpin mereka. Kita tidak sanggup menunggu 12 bulan lagi untuk melihat ekonomi negara semakin menjunam, hubungan kaum semakin tegang, Islam dan orang Melayu semakin tersisih. Tun sendiri akui bahawa Tun tidak ada lagi kuasa ke atas kabinet kerana kurangnya dominasi Bersatu. Bagaimana Tun nak memimpin negara dalam keadaan Tun sendiri tidak mampu menangani sikap dan perangai para menteri.

Oleh: AMINUDDIN YAHAYA
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

https://pakdin.my/tag/pakatan-harapan

Terkini

Liverpool Hanya Perlukan Beberapa Kemenangan Lagi untuk Rebut Gelaran Liga Perdana Inggeris

[VIDEO] Letupan di Pelbagai Lokasi Narathiwat – Pejabat Daerah Su-ngai Kolok Musnah, 2 Cedera

[VIDEO] 2 anggota keselamatan maut, 10 mangsa letupan letupan di Su-ngai Kolok, Narathiwat

[VIDEO] Su-ngai Kolok Panas: Dalam satu hari, 4 letupan berlaku, membunuh 2 sukarelawan dan mencederakan 10 orang awam dan pegawai keselamatan

[VIDEO] Pertunjukan cahaya Masjid Sultan Singapura kembali dan lebih hebat

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Pertunjukan cahaya Masjid Sultan Singapura kembali dan lebih hebat
01:00
Video thumbnail

Lapan rumah di Sekinchan musnah dipukul ribut
01:00
Video thumbnail
Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur dikenal pasti Polis
01:00
Video thumbnail
Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut
01:00
Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:01
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN – Saifuddin

PRK DUN Ayer Kuning: 6 calon UMNO Tapah masih dalam senarai

PRK DUN Ayer Kuning: Lipat ganda usaha menangkan calon BN – Saarani

Gagal tunai janji, prestasi menteri 50%, skandal semburit..: Bubarkan parlimen segera

Jangan biarkan rakyat terus menderita dengan kerenah politik kepartian ini. Ia perlu ditamatkan segera!

Kenyataan Tun bahawa mengenai penilaian beliau terhadap prestasi jemaah menteri pada markah 50% adalah satu kenyataan yang serius dan membimbangkan. Angka ini mungkin satu angka purata di mana kemungkinan ada menteri yang mencapai prestasi di bawah 50% atau dengan kata lain gagal. Cuma untuk tidak memalukan kabinet beliau dan menjaga imej kerajaan, maka Tun membuat kenyataan penuh diplomasi dengan mengatakan markah 50% keseluruhannya.

Bagi sebuah negara seperti Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan penganut agama disertai dengan pelbagai masalah ekonomi yang melanda, maka prestasi sebegini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima rakyat. Walaupun sebahagian mengatakan mereka ini semua baharu, kurang berpengalaman dan perlu diberi peluang namun sehingga kini kita masih belum melihat apa-apa tindakan yang positif berkenaan ekonomi terutamanya mahupun perpaduan kaum. Kehidupan rakyat semakin tertekan dengan harga barangan yang tidak pernah turun, kadar pengangguran yang sudah meningkat kepada 521,000 orang termasuk para graduan membuatkan rakyat mula hilang sabar.

Sejak dari awal-awal lagi Tun sudah mengatakan bahawa manifesto bukan kitab suci dan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apakah janji-janji manifesto ini semua akan ditunaikan? Kebimbangan rakyat ini jelas terbukti apabila satu persatu janji tersebut dikuburkan dengan mengemukakan pelbagai alasan. Dari alasan kerajaan tidak ada duit kepada masalah hutang sehinggalah alasan tidak cukup kakitangan, semuanya adalah antara alasan yang diberikan untuk tidak tunaikan janji-janji tersebut.

Idealisme untuk kononnya tidak melantik ahli politik dalam jawatan-jawatan tertentu tidak dilaksanakan termasuklah menjadikan jawatan-jawatan penting seperti ketua pesuruhjaya SPRM dan yang dipertua Yadim untuk bebas dari pengaruh politik tidak lebih dari satu retorik kosong.

Kenyataan-kenyataan dari para menteri sehingga hari ini langsung tidak meyakinkan rakyat dan saya yakin ini memeningkan kepala Tun. Bermula dengan kasut hitam, kemudian isu tukang masak import, ECRL, silap titik perpuluhan, penurunan 2sen harga telur kepada sistem AES semuanya menampakkan kurang matangnya para menteri. Tak hairanlah kalau para pelabur asing merasa bimbang dan mula mengeluarkan pelaburan mereka dari negara. Stok bursa juga jatuh menjunam. U-uturn demi u-turn yang berlaku seolah-olah para menteri tidak begitu cakna terhadap nasihat dari penasihat-penasihat mereka atau mungkin memang penasihat mereka tidak faham apa yang berlaku.

Isu-isu besar seperti ICERD dan Rom Statut amat memalukan negara di mata dunia. Bagaimana pejabat peguam negara begitu naif sehingga terlepas pandang perkara dasar yang mana antaranya keperluan kepada kelulusan dari Majlis Raja-Raja kerana ia bukan saja melibatkan agama islam tapi juga imuniti raja dan pindaan perlembagaan. Mungkin beliau berbuat demikian atas desakan sesetengah pihak yang mahu negara tunduk kepada barat yang kononnya meletakkan hak asasi manusia sebagai asas segala perundangan dan hal dalaman negara. Yang anehnya menteri luar juga menampakkan kejahilan beliau terhadap perundangan negara. Saya sangat simpati dengan Tun yang terpaksa berhadapan dengan barisan menteri yang separa masak. Seolah-olah semuanya mahu dibebankan kepada Tun.

Pertembungan dua gergasi pemimpin Tun dan DSAI juga amat membosankan. Apa tidaknya sejak 1999 sehinggalah ke hari ini isu pertembungan dua individu ini menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Di mana saja DSAI pergi beliau sentiasa ditanya isu ini dan begitu jugalah Tun sehingga kadang-kadang saya lihat mereka berdua sudah jemu memberikan jawapan yang sama setiap kali disoal. Mereka tidak boleh salahkan pemberita kerana rakyat sendiri kebingungan kenapa isu ini tidak pernah selesai dan kenapa kedua-duanya seolah-olah ada sesuatu yang berlaku yang tidak menampakkan perdamaian walaupun mereka melontarkan senyuman dihadapan kamera.

Pelbagai teori boleh kita baca di pelbagai tulisan samada dalam blog, twitter, Whattsapp, akhbar-akhbar, portal-portal utama mengenai ‘drama’ yang sedang berlaku antara dua insan ini. Bak kata pepatah Melayu; ”Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang”. Selagi isu ini tidak dapat dijelaskan secara tuntas kepada rakyat maka selagi itulah negara tidak akan stabil. Malah kalau kita imbau kembali sejak 20 tahun dahulu sehinggalah sekarang, pertelingkahan kedua-dua insan inilah yang telah mengkucar-kacirkan struktur masyarakat dan kerajaan.

Sehingga hari ini rakyat masih tidak nampak di manakah penghujungnya pertelingkahan? Apakah akan ada Reformasi 2.0? Saya rasa rakyat tidak sanggup lagi untuk melihat negara mengalami suasana sebagaimana 20 tahun dahulu. Cukuplah kita ketinggalan dengan Korea, Jepun dan China yang dahulunya duduk sebaris pun dengan Malaysia, dan apa yang paling membimbangkan kita ialah kemungkinan akan ditinggalkan pula oleh Indonesia.

Bagi menyelesaikan kemelut yang tidak berkesudahan ini saya mencadangkan untuk Tun MEMBUBARKAN PARLIMEN SEGERA.

Bagi kepada rakyat sendiri untuk memilih pemimpin mereka. Kita tidak sanggup menunggu 12 bulan lagi untuk melihat ekonomi negara semakin menjunam, hubungan kaum semakin tegang, Islam dan orang Melayu semakin tersisih. Tun sendiri akui bahawa Tun tidak ada lagi kuasa ke atas kabinet kerana kurangnya dominasi Bersatu. Bagaimana Tun nak memimpin negara dalam keadaan Tun sendiri tidak mampu menangani sikap dan perangai para menteri.

Jangan biarkan rakyat terus menderita dengan kerenah politik kepartian ini. Ia perlu ditamatkan segera!

Oleh: AMINUDDIN YAHAYA
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

https://pakdin.my/tag/pakatan-harapan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN – Saifuddin

PRK DUN Ayer Kuning: 6 calon UMNO Tapah masih dalam senarai

PRK DUN Ayer Kuning: Lipat ganda usaha menangkan calon BN – Saarani

Liverpool Hanya Perlukan Beberapa Kemenangan Lagi untuk Rebut Gelaran Liga Perdana Inggeris

[VIDEO] Letupan di Pelbagai Lokasi Narathiwat – Pejabat Daerah Su-ngai Kolok Musnah, 2 Cedera

[VIDEO] 2 anggota keselamatan maut, 10 mangsa letupan letupan di Su-ngai Kolok, Narathiwat

[VIDEO] Su-ngai Kolok Panas: Dalam satu hari, 4 letupan berlaku, membunuh 2 sukarelawan dan mencederakan 10 orang awam dan pegawai keselamatan

[VIDEO] Pertunjukan cahaya Masjid Sultan Singapura kembali dan lebih hebat

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

[VIDEO] Bekas pegawai khas disyaki minta, terima rasuah RM500,000