Gambaran Keseluruhan
Program Transformas Ekonomi adalah sebuah usaha menyeluruh yang akan merubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Program ini akan meninggikan PNK Malaysia daripada USD6,700 atau RM23,700 per kapita pada 2009 kepda lebih daripada USD15,000 atau RM48,000 dalam 2020.
Pelaksanaan PTE yang cemerlang akan merubah ekonomi Malaysia dengan ketara dan menyamai ekonomi negara-negara membangun yang lain. Kita akan terus menghalakan usaha untuk membuat anjakan ke arah sebuah ekonomi yang berlandaskan perkhidmatan, dengan pertumbuhan sektor perkhidmatan daripada 58 peratus kepada 65 peratus bagi tempoh itu. Lebih 3.3 juta perkerjaan baharu akan diwujudkan menjelang 2020, meliputi seluruh negara, termasuklah kawasan bandar dan luar bandar dan menyaksikan peralihan kepada golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang akan berubah menjadi sebuah bandar bertaraf dunia Apa yang penting, pertumbuhan akan dapat dicapai secara mapan tanpa generasi akan datang menanggung kosnya yang dilakukan melalui inisiatif seperti pembangunan tenaga alternatif dan memelihara alam sekitar bagi mempromosikan eko-pelancongan. matlamat utama inisiatif Greater KL dan Lembah Klang adalah bagi membolehkan kawasan pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai kedudukan 20 tempat teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi mapan.
ETP Berbeza daripada Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi
Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju yang lain.
ETP dibangunkan melalui pendekatan baru dengan memberikan fokus kepada jentera pertumbuhan iaitu 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). NKEA berkenaan akan memberikan sumbangan ketara terhadap prestasi ekonomi negara dan akan mendapat keutamaan pelaburan awam dan sokongan polisi. ETP akan diterajui sektor swasta dengan kerajaan berfungsi sebagai fasilitator. Kebanyakan dana pembiayaan datang dari sektor swasta (92 peratus) dengan pelaburan sektor awam digunakan sebagai pemangkin bagi mencetuskan pembabitan sektor swasta.
ETP adalah lain dari kebiasaan kerana ia memfokus kepada tindakan – bukan semata-mata kepada prinsip teori dan idea-idea. Untuk itu sebanyak 131 projek penggerak ekonomi (EPP) dikenal pasti yang menggariskan tindakan bagi membangunkan ekonomi. EPP dan peluang perniagaan dikenal pasti di bawah setiap NKEA dijuruskan kepada berapa banyak ia menyumbang kepada GNI yang dipilih berasaskan ekonomi berkesan dan analisa kewangan. Setiap perbelanjaan awam diperuntukkan berasaskan memaksimumkan PNK setiap ringgit untuk perbelanjaan awam. ETP direkabentuk untuk menjadi berkesan dan telus dengan unit baru ETP di bawah PEMANDU ditugas memantau dan melaporkan perkembangannya kepada pemimpin negara, komuniti perniagaan dan rakyat.
Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP.
Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor Swasta terus memainkan peranan yang besar apabila makmal NKEA bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik daripda sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.
Idea dan rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian, agensi, syarikat multinasional, syarikat tempatan dan badan bukan kerajaan.
Berikutan dari makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana 5,500 pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat makmal NKEA dan memberi input yang lanjut. Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.
Langkah untuk Menyempurnakan ETP
Kejayaan ETP bergantung pada keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan penyampaian sebenar pencapaian yang dijangka.
Ini akan memerlukan sektor swasta dan awam bekerjasama sedaya upaya dalam perkongsian bagi melaksanakan 131 EPP yang merentasi 12 NKEA.
Ikrar Kami Kepada Sektor Swasta
Untuk melaksanakan dengan jayanya satu program berskala besar sebegini memerlukan pelbagai pihak untuk bekerjasama dengan cara yang baharu – ke arah satu matlamat bersama yang jelas.
ETP memerlukan sektor swasta untuk memulakan serta melaksanakan projek yang dikenalpasti manakala Kerajaan bertanggungjawab untuk menyokong dan memudahkan implementasinya. Sejajar dengan ini, Kerajaan komited pada satu Ikrar Kepada Sektor Swasta yang khusus dan boleh dilaksanakan.
Ikrar Kerajaan kepada Sektor Swasta
Memastikan sektor swasta memiliki EPP di mana mungkin
sambil mengalih peranan sektor awam kepada penyediaan sokongan dan bantuan;
Mempercepat dan memintaskan pindaan peraturan
Menyingkirkan halangan dan menubuhkan pemboleh lain yang diperlukan khusus oleh EPP;Mengelakkan penyingkiran pelaburan sektor swasta
sambil menumpukan pelaburan daripada dana awam hanya sebagai satu pemangkin;Menganugerahkan kontrak awam
bagi pembiayaan EPP dengan menggunakan proses berdasarkan merit, mesra pasaran, telus dan pantas;Merombak dan menyusun semula Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)
untuk menarik pelaburan asing dan domestik secara efektif untuk EPP yang disasarkan;Senantiasa mencari dan
bertindak secara responsif ke atas maklum balas daripada sektor swasta;Menyediakan laporan tahunan
untuk menilai impak ETP secara objektif; danMengekalkan ETP sebagai keutamaan negara
di samping memastikan ia diutamakan dari segi perhatian kepimpinan, pembiayaan dan sokongan.